|
I PLAY TOY LIBRARY

I-Play Toy Library Arau & Kuala Perlis

APAKAH I PLAY TOY LIBRARY?
i-Play Toy Library" merupakan Satu projek kemasyarakatan yang diperkenalkan
oleh Kumpulan Syarikat Educate to Learn Sdn Bhd.(e2L) yang memberi tumpuan
kepada perkhidmatan dan pembekalan produk yang berkualiti supaya
kanak-kanak yang berumur 0-8 tahun menerima pengasuhan dan pendidikan
awal yang terbaik. Dengan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Projek ini mendapat
sokongan dan tajaan daripada pelbagai pihak (Korporat, Yayasan dan Syarikat Swasta)
yang menerimanya sebagai suatu tanggungjawab sosial Korporat (CSR),
yang perlu disokong dan diberi perhatian serius.
Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis melalui sumbangan dana daripada
Yayasan Em-Kay telah berjaya mewujudkan 2 buah iPlay Toy Library di
Negeri Perlis bertempat di Arau dan Kuala Perlis .
VISI
Untuk memperkasakan khidmat komuniti yang berterusan melalui
program dan perkhidmatan yang memberi makna terutamanya
kepada kanak-kanak,ibu bapa dan masyarakat setempat dalam
memahami pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.
MISI
-
Untuk mempromosi kepentingan belajar melalui bermain dan bersukan kepada semua lapisan kanak-kanak samada kanak-kanak (berumur 0-8 tahun) termasuk kanak-kanak kurang upaya atau istimewa (0-14 tahun) di kawasan Kuala Perlis dan Arau.
-
Untuk mempromosi kepentingan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak (0-8 tahun) yang akan membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak melalui rangsangan secara holistik.
-
Memperkasa komuniti tempatan yang mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh membantu dan menggalakkan kanak-kanak bermain dan bersukan.
-
Mewujudkan jaringan kerjasama antara badan kerajaan, Jawatankuasa kampung atau perumahan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),Pusat-Pusat Dalam Komuniti (PDK), Rumah Kanak-Kanak, Pertubuhan Belia Dan Wanita Rakan Muda dan lain-lain.
-
Untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) program yang memastikan keperluan komuniti dan kanak-kanak akan tercapai.
-
Melaksanakan kempen kesedaran tentang kepentingan belajar melalui bermain dan bersukan untuk kanak-kanak dari masa ke semasa.
-
Memantau perkembangan program melalui sistem pengesahan dan penilaian yang lebih sistematik dalam menjamin kualiti dan kesinambungan aktiviti yang dijalankan.
OBJEKTIF PROJEK
-
Menubuhkan sebuah Perpustakaan Permainan i-Play (i-play Toy library) ditempatkan di Perpustakaan Pekan Arau dan Perpustakaan cawangan Kuala Perlis untuk memberi peluang kepada kanak-kanak berinteraksi dan bermain dengan alat-alat permainan.
-
Menggalak dan membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran dan perkembangan menyeluruh melalui permainan.
-
Menerapkan nilai-nilai murni yang baik yang akan membentuk generasi yang lebih seimbang dan sempurna.
-
Memberi impak sosio-emosi yang baik kepada kanak-kanak dalam pembelajaran dan kehidupan mereka.
-
Menggalakkan penglibatan sepenuhnya daripada keluarga , guru, NGO, PDK dan komuniti dalam melaksanakan program ini secara holistik.
-
Menawarkan peluang mengikuti latihan kepada sukarelawan dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam program yang akan dilaksanakan.
-
Memberi peluang untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap permainan tradisional serta merekacipta permainan yang baru.
-
Menjadikan Pekan Arau dan Kuala Perlis sebagai pusat kecemerlangan Pengasuh dan Perkembangan Awal kanak-kanak.
-
Menjadikan Perpustakaan Awam sebagai pusat pembelajaran seumur hidup dan riadah yang boleh di menafaatkan penggunaannya oleh semua golongan masyarakat.
-
Mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Awam berdekatan kepada masyarakat setempat.
KUMPULAN SASARAN
-
Semua kanak-kanak yang berusia antara 1-8 tahun di sekitar Arau dan Kuala Perlis dan kampung-kampung yang berhampiran dengannya.
-
semua kanak-kanak istimewa (0-14 tahun) dan kanak-kanak berisiko tinggi (AIDS, kanser dsb) yang tinggal dalam komuniti berdekatan.
-
Semua kanak-kanak yang mengikuti Pusat Dalam Komuniti (PDK) di Arau dan Kuala Perlis.
-
Kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs)
KANDUNGAN ALAT PERMAINAN i-play TOY BOXES
KOTAK PERMAINAN i-play (SUDUT PERMAINAN) (i-play LEARNING CENTRE TOY BOXES)
No. Name Of Toy Box Curriculum Areas/Learning Centres
1. I Cook! Nutrition & Health centres 2. I Maths! Early Maths Centres 3. I Music Music and Movement centres 4. I Discover Discovery science centres 5. I Create Creative Art & Craft Centres 6. I Imagine Dramatic Play Centres 7. I Read! Language Centres 8. I Move Physical Play Centres 9. I Am! I Can Self Help Skillss centres 10. I Build Block Play Centres 11. I Connect Manipulative Play Centres 12. I Iqra' Integrated Islamic Centres
KOTAK TEMA i-play (i-play THEMATIC TOY BOXES)
No. Thematic Toy Boxes
1. Me & Body 2. Families & Home 3. Occupations 4. Seeds, Plants & Trees 5. Animals 6. Transportation
* Pentadbiran Perpustakaan Permainan akan diuruskan melalui sistem komputer - iplay
Toy Library Software System yang akan menguruskan inventori, pendaftaran,
urusan meminjam, dan pemantauan kegunaan alat-alat permainan.
|
LOKASI i PLAY TOY LIBRARY |
Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis - dirasmikan pada 6 November ,2006 Perpustakaan Pekan Arau - dirasmikan pada 27 Julai,2007
Individu - RM 12.00 setahun Organisasi - RM 120.00 setahun
SELASA - JUMAAT 9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu (minggu kedua & keempat) 9.00 pagi - 5.00 petang
Di tutup pada hari cuti umum
Pembukaan khas diluar waktu perkhidmatan biasa boleh di atur mengikut
permohonan daripada organisasi/NGO tertentu.
|