

Pengenalan
Bahagian sumber media ditempatkan
di bahagian tingkat atas PPANPs. Ia terdiri daripada dua bilik iaitu bilik media
dan bilik tayangan. Bahagian ini menyediakan perkhidmatan alat pandang dengar
kepada semua pengguna yang berdaftar sebagai ahli bahagian sumber
media.
Tujuan
Tujuan bahagian sumber media ini
ditubuhkan adalah:
1.
Untuk
memperluaskan perkhidmatan perpustakaan kearah pusat sumber melalui bekalan alat
pandang dengar.
2.
Untuk
mempertingkatkan penggunaan perpustakaan dan pusat maklumat serta memperolehi
bahan-bahan alat pandang dengar sebagai menampung keperluan
pengguna.
3.
Untuk
mempertingkatkan alat pandang dengar dalam kegiatan minat membaca serta aktiviti
perpustakaan.
4.
Untuk
memberi peluang kepada orang ramai yang cacat penglihatan turut serta
mendapatkan perkhidmatan perpustakaan.
5.
Memupuk
minat di kalangan pengguna untuk mempelajari bentuk visual & multimedia
sebagai alat bantuan dan pencarian maklumat dengan lebih
berkesan.
Koleksi
Koleksi bahan sumber media terdiri
daripada bahan-bahan berikut:
Kaset radio, cakera padat, kaset
video, cakera laser, kit, slaid, filem, filem strip, piring hitam dan buku
terakam linguaphone dalam bahasa Arab, Inggeris, Mandrin dan
lain-lain.
Sumber bahan sumber media ini boleh
dirujuk di bahagian sumber media. Bahan cakera padat hanya boleh dirujuk di
bilik computer.
Kemudahan dan
Perkhidmatan
Kemudahan menonton vcd, video dan
mendengar kaset disediakan untuk pembaca dan mereka boleh mendapatkan daripada
kakitangan bertugas untuk merujuk atau meminjam koleksi sumber
media.
Syarat-syarat
Penggunaan
1.
Menjadi
ahli bahagian sumber media, ahli akan diberi satu kad keahlian bahagian sumber
media dan perlu diperbaharui setelah tamat tempoh
setahun.
2.
bayaran
keahlian perkhidmatan sumber media adalah sebanyak RM20.00
setahun.
3.
Terdiri
daripada pengguna yang berumur 18 tahun keatas.
4.
Borang
boleh didapati di Bahagian Sumber Media.
Bayaran
Denda
Ahli akan dikenakan bayaran proses
sebanyak RM20.00 dan bayaran mengikut harga kos pembelian bahan media tersebut
jika berlaku kehilangan dan
kerosakan.
Penyalinan
Bahan
Bagi pengguna yang ingin membuat
salinan bahan sumber media bayaran dikenakan adalah seperti
berikut:
CD ROM
RM10.00
Kaset
RM8.00
Tape/Video
RM15.00
(Semua Bahan
Perpustakaan)
“Kami Sentiasa Bersedia Membantu
Anda”
sila klik untuk
gambar