Pengguna Online : 12   
  Selamat Datang
   
 

Soalan Lazim

Berapakah kadar bayaran bagi pendaftaran keahlian?


Bayaran pendaftaran keahlian Perpustakaan awam Negeri Perlis adalah sebanyak RM10.00 . Walau bagaimanapun, bayaran sebanyak RM4.00 dikekalkan bagi setiap gantian kad keahlian yang rosak atau hilang.

Adakah kad pengenalan diperlukan semasa memohon gantian kad keahlian?


Walaupun data pengguna telah ada dalam rekod, Perpustakaan Awam Negeri Perlis masih memerlukan dokumen tersebut untuk tujuan pengesahan.

Apakah suratkhabar terkini yang terdapat dalam koleksi rujukan PPANPs?


Semua suratkhabar terpilih terdapat dalam koleksi rujukan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Suratkhabar terkini yang disediakan untuk rujukan pengunjung terletak di Aras 1, bahagian Santai. Terdapat 6 tajuk suratkhabar yang boleh dibaca oleh pengguna iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, New Straits Time, Nanyang Siang Pau, Sinar Harian .

Mengapakah bahan-bahan koleksi rujukan tidak boleh dipinjam?


Bahan-bahan koleksi rujukan tidak terdapat di bahagian pinjaman kerana ia lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan manakala buku/bahan di bahagian pinjaman adalah lebih berbentuk bahan bacaan ringan.

Apakah faedah menjadi ahli Perpustakaan awam Negeri Perlis?


Bagi pengguna yang mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Awam negeri perlis akan memperolehi kelebihan seperti berikut:

i. Meminjam buku sebanyak tiga (3) buah selama tiga (3) minggu dan boleh memperbaharui pinjaman selama tiga (3) minggu lagi.
ii. Menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
iii. Menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia seperti bilik karel, perkhidmatan fotokopi, internet dan sebagainya.

 
 
Portal Ahli
 
No. K/P
Kata Laluan
Ingat Saya
Lupa kata Laluan?
Daftar Sekarang
 
Banci
 
 
Apakah tujuan utama anda datang ke perpustakaan?
Membaca Akhbar dan Majalah  14 % ( 41 )
Mencari Bahan Rujukan  61 % ( 181 )
Mengguna perkhidmatan internet  5 % ( 16 )
Meminjam buku  14 % ( 43 )
Mengikut kawan  5 % ( 16 )
Keputusan Semasa
Keputusan Lepas
 
 
Pautan Pintas
 
  WEBMAIL