Pengguna Online : 50   
  Selamat Datang ! Guest
   
 
SIRKULASI
 

 

 

 

ppanps 045.jpg

 

PERKHIDMATAN

 

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna perpustakaan:-

  • Pendaftaran dan Pembaharuan Ahli
  • Pinjaman dan Pemulangan Buku
  • Pembaharuan pinjaman Buku
  • Tempahan buku pinjaman
  • Loker berkunci
  • Peti Cadangan
  • Opac

 

PENDAFTARAN AHLI

 

Bayaran keahlian:-

 

Warganegara Malaysia:

Dewasa (19 tahun ke atas): Yuran RM 6.00 + Kad Ahli RM 4.00

Belia (13-18 tahun ): Yuran RM 2.00 + Kad Ahli RM 4.00

Kanak-kanak (6-12 tahun ): Yuran RM 2.00 + Kad Ahli RM 4.00

Keahlian Seumur Hidup: Yuran RM 18.00 + Kad Ahli RM 4.00

 

Warganegara asing:

(7-18 tahun):Yuran RM 20.00 + Kad Ahli RM 4.00

(19 tahun ke atas):Yuran RM 50.00 + Kad Ahli RM 4.00alinan kad pengenalan dan kadmatriks bagi penuntut di IPTA/IPTS/MAKTAB

 

*Keahlian hendaklah diperbaharui setiap tahun

 

PROSES KEAHLIAN

 

  1. Pengguna yang ingin menjadi ahli perlu melengkapkan borang keahlian yang terdapat di kaunter utama.
  2. Sila bawa kad pengenalan, semasa mendaftar.
  3. Sila sertakan sekeping gambar berukuran kad pengenalan.
  4. Bayaran keahlian perlu dijelaskan semasa pendaftaran.

 

KAD KEAHLIAN

 

  1. Setiap ahli berdaftar akan menerima kad ahli sementara.
  2. Ahli berdaftar BOLEH meminjam maksimum 2 buah buku dalam tempoh 2 minggu.
  3. Kad ahli sementara hendaklah disimpan untuk pertukaran kad ahli sebenar.
  4. Kad ahli TIDAK BOLEH dipindah milik.
  5. Kehilangan /Kerosakan kad ahli perlu dilaporkan segera kepada kakitangan kaunter pinjaman. Untuk mendapatkan gantiannya ahli hendaklah melengkapkan borang berserta sekeping gambar berukuran kad pengenalan dan dikenakan bayaran RM 4.00. 

PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

 

Cara Meminjam:

 

  1. Seorang ahli berdaftar dibenarkan meminjam maksimum 2 buah buku dalam jangka masa 2 minggu.
  2. Sila tunjukkan kad ahli kepada petugas kaunter pinjaman.
  3. Dapatkan kembali kad ahli dan resit pinjaman buku.
  4. Pastikan bahan pinjaman dalam keadaan baik semasa meminjam kerana anda bertanggungjawab ke atas bahan tersebut.

 

Cara Pemulangan:

 

  1. Sila serahkan buku di kaunter pemulangan.
  2. Pemulangan boleh dibuat dengan memasukkan buku ke dalam kotak buku yang disediakan.
  3. Bahan pinjaman WAJIB dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
  4. Pemulangan pinjaman boleh dibuat sebelum tarikh ditetapakan.
  5. Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan buku yang dipinjam, peminjam perlu membayar harga buku dan kos proses buku (RM 1)
  6. Denda dikenakan 5 sen sehari bagi setiap buku yang lewat dipulangkan TIDAK TERMASUK hari ahad dan cuti umum.

 

PEMBAHARUAN PINJAMAN

 

  1. Pembaharuan boleh dibuat dengan datang sendiri/ melalui telefon, sekiranya bahan tidak ditempah.
  2. Sila nyatakan no. Berkod kad ahli/ no.berkod buku.
  3. Dapatkan serta semak tarikh pembaharuan/ slip pembaharuan semasa.

 

OPAC

 

  1. Untuk pencarian buku yang lebih pantas dan berkesan.
  2. Sebarang masalah sila rujuk kepada petugas di kaunter.

 

TEMPAHAN BUKU PINJAMAN

 

1.      Tempahan dibuat sekiranya buku tersebut dipinjam oleh pengguna lain.

2.      Semasa tempahan, sila berikan no. berkod buku/tajuk buku dan kad ahli serta dapatkan slip tempahan.

 

LOKER BERKUNCI

 

  1. Perkhidmatan ini adalah percuma.
  2. Sila dapatkan kunci loker dikaunter pinjaman dan rekodkan butiran diri dalam buku yang disediakan.
  3. Kunci loker tidak boleh dipindah milik/ dibawa keluar dari perpustakaan.
  4. Sekiranya kunci tersebut hilang, sila laporkan di kaunter utama. Bayaran denda RM 10 akan dikenakan.
  5. Kunci loker perlu diserahkan kembali sebelum keluar dari perpustakaan.

 

 

PETI CADANGAN

 

  1. Cadangan / aduan boleh di buat melalui borang yang disediakan di kaunter.
  2. Semua aduan dan cadangan perlu disertakan dengan butiran diri nama, alamat dan no. Telefon.
  3. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi, cadangan dan aduan tidak akan di layan serta dapatkan slip tempahan
  4. Masukkan cadangan /aduan ke dalam peti yang disediakan.
 
 
Portal Ahli
 
No. K/P
Kata Laluan
Ingat Saya
Lupa kata Laluan?
Daftar Sekarang
 
Banci
 
 
Apakah tujuan utama anda datang ke perpustakaan?
Membaca Akhbar dan Majalah  14 % ( 28 )
Mencari Bahan Rujukan  61 % ( 124 )
Mengguna perkhidmatan internet  6 % ( 12 )
Meminjam buku  14 % ( 28 )
Mengikut kawan  5 % ( 11 )
Keputusan Semasa
Keputusan Lepas
 
 
Pautan Pintas
 
  WEBMAIL