Pengguna Online : 63   
  Selamat Datang ! Guest
   
 
SEJARAH PENUBUHAN
 
Di dalam Blueprint oleh Puan Hedwig Anwar, beliau menyatakan bahawa sehingga tahun 1966, Perlis masih belum mempunyai sebuah perpustakaan.
 
Kenyataan ini benar kerana beliau telah datang ke Perlis untuk meninjau keadaan di negeri ini pada 29 Mei, 1968. Sebelum itu hasrat untuk mewujudkan sebuah “Khutub Khanah” di Perlis telah wujud sejak 10 tahun yang lalu.
 
Ia adalah atas inisiatif yang ditunjukkan oleh beberapa orang pemimpin dan orang perseorangan di negeri ini yang begitu berminat ke arah menjadikan rakyat di negeri ini sebagai masyarakat yang gemar membaca dan berilmu.
 
Kutub Khanah Perlis
khutub_khanah.jpg
 
Khutub Khanah Negeri Perlis
 
Usaha dan cita-cita mereka itu telah disampaikan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu En. Azizul Rahman. Beliau telah bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Khutub Khanah Negeri yang terdiri daripada :
 
PENGERUSI :
YB Setiausaha Kerajaan Negeri
(En. Azizul Rahman)
 
SETIAUSAHA :
En. Abdullah Marzuki
 
AHLI-AHLI :
YDP Majlis Perbandaran Kangar, En. Mansor Omar, En. Ariffin Md Nam,
En. Nor Ahmad Mokhtar, En.BP Chopra, En. Jaafar Hassan, En. Jarnail Sigh,
En. Ahmad Mahfuz Ali, En. Foo Hee Liang, Tuan Syed Omar Syed Hussain,
En. Othman Abdullah, En. Addul Rahman Ahmad.
 
Perkembangan Khutub Khanah Negeri
 
Jawatankuasa Khutub Khanah Negeri telah mengadakan mesyuarat pertama pada 28 September 1968 dan bersetuju menggunakan Bilik Pertahanan Awam di bangunan Mahkamah Lama, di Jalan Kelab Indera Kayangan, Kangar sebagai tapak permulaan bagi memulakan sebuah Khutub Khanah di Negeri Perlis.
 
Segala kelengkapan termasuk buku-buku diperolehi melalui sumbangan derma daripada pihak swasta, ahli-ahli perniagaan dan orang perseorangan. Perubahan tempat ini adalah lebih sesuai berbanding dengan keadaan di awal tahun 1966 di mana ianya menumpang di bangunan Kelab Indera Kayangan, Kangar.
 
Perkembangan Khutub Khanah negeri telah mendapat perhatian dari Kerajaan Pusat khususnya Perpustakaan Negara Malaysia di mana Ketua Pengarahnya ketika itu, En. Saad Marzuki serta En. D.E.K Wijasuriya selaku Timbalan Pengarah telah mengadakan lawatan ke Negeri Perlis untuk berbincang dengan Jawatankuasa Khutub Khanah Negeri mengenai masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam menguruskan perjalanan Khutub Khanah ini.
 
Mereka juga sempat bertemu dengan YAB Menteri Besar, Datuk Jaafar Hassan dan mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan Perbadanan Perpustakaan Negeri sebagai sebuah Badan Berkanun Negeri. Dengan ini akan membolehkan kakitangan Iktisas yang mempunyai kelulusan dalam Sains Perpustakaan, dilantik bagi mentadbirkan perpustakaan yang sedia ada dengan lebih teratur dan sistematik.
 
 
 
Portal Ahli
 
No. K/P
Kata Laluan
Ingat Saya
Lupa kata Laluan?
Daftar Sekarang
 
Banci
 
 
Apakah tujuan utama anda datang ke perpustakaan?
Membaca Akhbar dan Majalah  14 % ( 28 )
Mencari Bahan Rujukan  61 % ( 124 )
Mengguna perkhidmatan internet  6 % ( 12 )
Meminjam buku  14 % ( 28 )
Mengikut kawan  5 % ( 11 )
Keputusan Semasa
Keputusan Lepas
 
 
Pautan Pintas
 
  WEBMAIL