Pengguna Online : 30   
  Selamat Datang ! Guest
   
 
RUJUKAN PEMBACA
 

 

PENGENALAN

Bahagian Rujukan dan dan khidmat nasihat ini bertempat di tingkat satu.

OBJEKTIF

Objektif Unit Rujukan Dan Khidmat Nasihat ini ialah:

·    .

  • Memberi khidmat nasihat kepada pengguna yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan.
  • Menyediakan bahan bacaan bermutu kepada pengguna.
  • Memastikan pengguna mendapatkan bahan yang dikehendaki.
  • Memastikan bahan bacaan yang terdapat di Bahagian rujukan ini dalam keadaan kemas dan teratur bagi memudahkan pengguna mencari bahan.

PERKHIDMATAN

 

Antara Perkhidmatan yang disediakan di unit ini ialah:

1.      Perkhidmatan Fotokopi

 

           ·    Bahan-bahan rujukan di perpustakaan boleh difotokopi pada kadar

                semasa yang telah ditetapkan. Bahan-bahan rujukan tertentu seperti

                bahan Koleksi Perlis pula tidak dibenarkan untuk dibuat penyalinan.

 

2.  Perkhidmatan Rujukan Penguna

·      Perkhidmatan rujukan melibatkan khidmat nasihat pencarian maklumat oleh pustakawan dan petugas.

 

·      Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu bertanya di kaunter Perkhidmatan Rujukan dan Khidmat Nasihat. Staf bertugas akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan. Jika soalan rujukan anda tidak dapat diselesaikan oleh staf terbabit, beliau akan merujuk anda kepada pustakawan yang bertugas.

 

·      Untuk soalan rujukan mudah, seperti makna perkataan atau lokasi geografi, jawapan sebenar akan diberikan kepada anda.

 

·      Perkhidmatan ini boleh dicapai melalui telefon atau dengan datang sendiri ke Perpustakaan.Sila hubungi 04- 9764436 dan mohon sambungan ke Kaunter Rujukan 108.

 

·     Selain daripada perkhidmatan melalui telefon atau secara datang sendiri, perkhidmatan secara dalam talian juga disediakan. Anda boleh melayari laman web Perpustakaan Awam Negeri Perlis di URL www.lib-perlis.org.my untuk melihat maklumat terkini yang di paparkan.           

         3.  Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan atau Sistem Pembekalan

            Penerbitan                  

  • Bahan-bahan yang tidak terdapat di dalam koleksi perpustakaan

 

boleh diperolehatau dipinjamkan dari perpustakaan–perpustakaan

lain di Malaysia,melalui perkhidmatan Antara Perpustakaan. Pemohonan

perlu dibuat dengan melengkapkan borang pemohonan Sistem Pembekalan

 Penerbitan yang boleh didapati dari petugas di kuanter.  

      4.   Perkhidmatan Akhbar dan Majalah

     Akhbar-akhbar utama dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris disediakan di bahagian sudut santai. Akhbar-akhbar dalam bahasa-bahasa lain juga turut disediakan seperti akhbar berbahasa Cina.  Majalah dari dalam dan luar negara juga disediakan ruangan ini meliputi pelbagai bahasa dan bidang perkara.

 

 

 
 
Portal Ahli
 
No. K/P
Kata Laluan
Ingat Saya
Lupa kata Laluan?
Daftar Sekarang
 
Banci
 
 
Apakah tujuan utama anda datang ke perpustakaan?
Membaca Akhbar dan Majalah  14 % ( 28 )
Mencari Bahan Rujukan  61 % ( 124 )
Mengguna perkhidmatan internet  6 % ( 12 )
Meminjam buku  14 % ( 28 )
Mengikut kawan  5 % ( 11 )
Keputusan Semasa
Keputusan Lepas
 
 
Pautan Pintas
 
  WEBMAIL