Pengguna Online : 45   
  Selamat Datang ! Guest
   
 
PERUTUSAN PENGERUSI
 

 

     Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis kerana telah dapat menyediakan Laman Webnya dalam INTERNET sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat masakini. Dengan ini akan membolehkan perkhidmatannya di akses bukan sahaja oleh masyarakat Perlis tetapi juga oleh pengguna INTERNET di seluruh dunia.

Sebagai pusat sumber ilmu yang penting dalam merealisasikan usaha-usaha kerajaan bagi membentuk generasi yang berwawasan dan berilmu, sudah sewajarnyalah pihak perpustakaan merancang ke arah memperluaskan perkhidmatannya serta dilengkapi dengan penggunaan komputer sesuai dengan keperluan ledakan maklumat oleh masyarakat.

Oleh itu saya berharap rakyat di Negeri Perlis khasnya perlulah bersedia menghadapi perkembangan terbaru ini untuk membolehkan mereka menjadi pengguna perpustakaan yang mahir dengan penggunaan teknologi canggih ini.

Sekian.

"GENERASI BERILMU PENGGERAK WAWASAN"

YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu

Menteri Besar Perlis
merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

 
 
Portal Ahli
 
No. K/P
Kata Laluan
Ingat Saya
Lupa kata Laluan?
Daftar Sekarang
 
Banci
 
 
Apakah tujuan utama anda datang ke perpustakaan?
Membaca Akhbar dan Majalah  14 % ( 28 )
Mencari Bahan Rujukan  61 % ( 124 )
Mengguna perkhidmatan internet  6 % ( 12 )
Meminjam buku  14 % ( 28 )
Mengikut kawan  5 % ( 11 )
Keputusan Semasa
Keputusan Lepas
 
 
Pautan Pintas
 
  WEBMAIL