Pengguna Online : 59   
  Selamat Datang ! Guest
   
 
PERUTUSAN PENGARAH
 
nmd.jpg Puan Hajah Norma Mohd. Darus

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam
Negeri Perlis
 

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) .Semoga kunjungan ini menghasilkan suatu pengalaman yang berfaedah dan berinformasi untuk diri anda, bangsa dan negara. 

Sesungguhnya penerbitan sesuatu laman web organisasi atau jabatan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap pelbagai aspek yang berkaitan dengannya.Ia secara tidak langsung merupakan pintu masuk utama kepada sesebuah organisasi yang dibuka selama 24 jam setiap hari.Selain itu,maklum balas yang diterima melalui buku pelawat dan peti cadangan juga akan dapat digunakan oleh pihak pengurusan dalam merangka sebarang program atau membuat sebarang keputusan. 

Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar laman web ini menjadi penghubung utama PPANPs dengan masyarakat di samping menjadi sumber maklumat utama mengenai perkhidmatan, koleksi dan lain-lain aktiviti yang dilaksanakan .Saya juga berharap laman web ini dapat menjadi media pengantaran kepada laman-laman web lain yang berkaitan dengannya seperti perpustakaan , pusat-pusat maklumat ,institusi -institusi pendidikan dan sebagainya.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada JK laman web dan semua kakitangan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen bagi menerbitkan laman web ini . Semoga laman web ini akan terus dikemaskini dan dipertingkatkan lagi bagi memenuhi keperluan dan hasrat semua setiap masa.

Sekian.

 

 
 
Portal Ahli
 
No. K/P
Kata Laluan
Ingat Saya
Lupa kata Laluan?
Daftar Sekarang
 
Banci
 
 
Apakah tujuan utama anda datang ke perpustakaan?
Membaca Akhbar dan Majalah  14 % ( 28 )
Mencari Bahan Rujukan  61 % ( 124 )
Mengguna perkhidmatan internet  6 % ( 12 )
Meminjam buku  14 % ( 28 )
Mengikut kawan  5 % ( 11 )
Keputusan Semasa
Keputusan Lepas
 
 
Pautan Pintas
 
  WEBMAIL