|
KOD ETIKA KERJA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM
NEGERI PERLIS
Nilai Utama Dalam Etika Kerja
Amanah
- Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya :
- Menghindakan dengan rela hati kepentingan diri dari
mengatasi kepentingan tugas dan
- Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa,
kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenga kerja.
Tanggungjawab
- Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap tuhan,
di samping perkerjaan dan majikan ;
- Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik
dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur ;
- Bersedia berhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila saja
diperlukan ;
- Bercita-cita untuk tidak mengkhinanati kepentingan organisasi/
instituasi/ awam dalam menjalankan tugas dan
- Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara .
Ikhlas
- berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan
balasan dari manusia ;
- mempunyai bertugas kerana tuhan, kerana mencari rezek
- yang halal serta mencari keredhaanNya dan
- mengikis sebarang unsur ‘kepentingan diari’ dalam
melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.
Benar
- Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab
- Bercakap benar dan menepati janji
- Cermat dan berhimat dalam membuat keputusan
- Bertindak berasaskan profesionalisme
- Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas dan
sanggup menerima teguran dan nasihat.
Serdahana
- Menjamin persimbangan equilibrium dalam diri dan tugasan
dan
- Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkahlaku.
Tekun
- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan
dalam tugas dan kehidupan ;
- Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
- untuk membaiki taraf hidup dan
Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga
mencapai tahap cemerlang.
Bersih
- Mengamalkan kebesihan hati dalam menjalankan tugas seharian ;
- Mengamalkan kebesiahan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai
satu cara hidup
- Bersiah dalam pemilik harta dan perjalanan tugas ;
- Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalah membuat
keputusan danmenjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi
pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputus
Berdisiplin
- Mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting ;
- Menilai tinggi masa dan janji
- Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang.
- Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.
Bekerjasama
- Mengamalkan sikap tolong menolong dalam melaksanakan
kerja ;
- Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi
sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat
kerjasama;
- Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan
bersama dan
- Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan
peribadi-mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah
dengan kepentingan organisasi, Agama, Bangsa dan Negara.
Berperibadi mulia
- Bermanis muka sepanjang masa.
- Bertimbang rasa dan bertolak ansur
- Menghormati sesama insan dan
- Sentiasa memulakan ‘pertanyaan’ dengan tujuan untuk menolong.
Bersyukur
- Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk
menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota
masyarakat.
- Berkecenderung melihat keadaan dengan lebih positif
- Sehingga mengerakkan untuk lebih berusaha gigih
- Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak
bertentangan dengan
kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian)
- Tidak berbangga dengan kedudukan pangkat
- Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia
- Berkhidmat sebagai ibadah
- Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan
yang banyak
kepada Masyarakat, Negara dan Agama.
Bermuafakat
- ‘Muafakatab Membawa Berkat’. Itulah slogan yang harus dipegang
oleh setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan
adanya amala muafakatan sesama manusia, akan mengeratkan lagi perpaduan
yang telah lama terjalin.
Bertolenrasi
- Sikap tolenrasi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada
keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakatan.
Bertimbang Rasa
- Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji
tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.
Bersatu Padu
- Pengalaman berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan
membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat.
Bertika
- Semangat berertika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia
mempunyai nilai budi perketi yang tinggi.
Tidak Mementingkan Diri Sendiri
- Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan
nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.
Tiada Perasaan Curiga / Syak Wasangka
- Perasaan curiga / syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam
etiap individu yang mempunyai nilai-nilai.
|