|
Kids Backgrounds
PERPUSTAKAAN
KANAK-KANAK
Pengenalan
PPANPs telah menyediakan bahagian kanak-kanak khas bagi
menempatkan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Tujuannya ialah untuk
keselesaan kepada kanak-kanak. Bahagian kanak-kanak menyediakan koleksi yang
menarik dalam pelbagai bahasa di antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Cina. Koleksi ini terbahagi kepada:
a) Koleksi Pinjaman Kanak-Kanak Koleksi ini terdiri
daripada buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam bidang Sains, Teknologi,
Sejarah, Agama, Sukan dan sebagainya. Buku-buku ini boleh dipinjam oleh ahli
perpustakaan.
b) Koleksi Buku Rujukan
Kanak-Kanak Koleksi ini meliputi semua bidang perkara dan sesuai
untuk pengetahuan kanak-kanak Bahan koleksi ini TIDAK BOLEH DIPINJAM dan hanya
untuk rujukan di perpustakaan sahaja. Koleksi ini diletakkan di
dalam bilik khas dan diasingkan daripada buku pinjaman. Koleksi buku dan
ensiklopedia merupakan koleksi utama di koleksi rujukan
kanak-kanak.
c) Koleksi Bersiri Kanak-Kanak Koleksi bersiri kanak-kanak menyadiakan
majalah-majalah tempatan yang bersesuaian seperti Majalah Bintang Kecil, Kuntum,
Kawan, Asuh, Mickey Mouse dan Komik Anak-Anak Sidek. Disamping itu, terdapat
juga majalah jilid dan akhbar pendidikan.
d) Koleksi CD, VCD, Pita Video VDS dan
Kaset Koleksi ini ditempatkan di bilik hipermedia kanak-kanak.
Terdiri daripada alat pembelajaran interaktif multimedia yang terkini sesuai
untuk kegunaan kanak-kanak. Bahan ini TIDAK BOLEH DIPINJAM.
|
.jpg)
.jpg)
Syarat syarat
pendaftaran
ahli
Borang ahli yang
lengkap diisi :
-
Satu salinan sijil
keahlian
-
Satu keping gambar
berukuran passport
-
Bayaran keahlian RM6
(YURAN RM2+Kad Ahli RM4) perlu di jelaskan semasa
pendaftaran.
*Keahlian perlu
diperbaharui setiap tahun
1. Kad Keahlian
-
Setiap ahli berdaftar
akan menerima kad ahli sementara.
-
Ahli berdaftar BOLEH
meminjam maksimum 2 buah buku dalam tempoh 2
minggu.
-
Kad ahli sementara
hendaklah disimpan untuk pertukaran kad ahli
sebenar.
-
Kad ahli ini TIDAK
BOLEH dipindah milik.
-
Kehilangan/kerosakan
kad ahli perlu dilaporkan segera ke pada kakitangan kaunter
pinjaman. Untuk mendapat gantiannya, ahli hendaklah
melengkapkan boring beserta sekeping gambar berukuran kad
penganalan dan dikenakan bayaran
RM4.
2. Pinjaman
Buku
-
Seorang ahli berdaftar
di benarkan meminjam maksimum 2 buah buku dalam jangkamasa 2
minggu.
-
Sila tunjukkan kad
ahli kepada petugas kaunter
pinjaman.
-
Dapatkan kembali kad
ahli dan resit pinjaman buku.
-
Pastikan bahan
pinjaman berada dalam keadaan baik semasa meminjam kerana
anda akan bertanggungjawab keatas bahan tersebut.
3. Pemulangan
Buku
-
Sila serahkan buku di
kaunter pemulangan.
-
Pemulangan boleh
dibuat dengan memasukkan buku ke dalam kotak pemulangan yang
disediakan sekiranya perkhidmatan
ditutup.
-
Bahan
pinjamanWAJIBdipulangkan pada tarikh yang
ditetapkan.
-
Pemulangan pinjaman
boleh dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan.
-
Sekiranya berlaku
kehilangan dan kerosakan buku yang dipinjam, peminjam perlu
membayar harga buku dan kos proses buku (RM1). Denda
dikenakan 5 sen sehari bagi setiap buku yang lewat
dipulangkan TIDAK TERMASUKhari Ahad dan cuti
umum.
4. Pembaharuan
Pinjaman
Pembaharuan boleh dibuat
dengan datang sendiri/ melalui telefon,sekiranya bahan
TIDAK ditempah.Sila nyatakan no.barkod kad
ahli/ no.barkod buku. Dapatkan serta semak tarikh
pembaharuan/ slip pembaharuan semasa.
|
font>
|
LOKASI
PERPUSTAKAAN
KANAK-KANAK
|
Perbadanan Perpustakaan Awam
Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
-
Keahlian : RM 2.00
-
Kad Ahli :
RM 4.00
ISNIN - KHAMIS 9.00 pagi - 6.15 petang
JUMAAT 9.00 pagi - 12.00 t/hari
2.45 petang - 6.15 petang
SABTU 9.00 pagi - 6.15 petang
(minggu Ke 2 dan Ke 4 Sahaja)
Cuti Umum di
Tutup
Aktiviti Kanak-kanak
Kelab Kawanku Buku (KKB)
menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.
Keahlian kelab terbuka kepada ahli perpustakaan sahaja.
Bayaran tahunan keahlian ialah RM1.
Aktiviti-aktiviti KKB adalah
secara Kuiz, Tutorial, Membaca, Bercerita, Permainan rakyat,
Sukaneka, Lukisan, Tayangan Video dan sebagainya. Jadual
aktiviti akan dipamerkan pada papan maklumat
perpustakaan.
AKTIVITI
Setiap Jumaat
(Minggu ke-2 dan
ke-4)
“Dapatkan borang keahlian KKB di kaunter kanak-kanak”
|
|