Pengguna Online : 35   
  Selamat Datang ! Guest
   
 
HIPERMEDIA
 

 

 

hipermedia.jpg

 

 

PENGENALAN

 

Unit Hipermedia ditubuhkan bagi memenuhi tuntutan semasa dalam usaha ke arah pembangunan pengetahuan ICT bagi seluruh masyarakat rakyat Perlis khususnya dan Malaysia amnya.

 

 

OBJEKTIF

  • Mengawal, menyelia dan menyelengara perkhidmatan komputer / internet bagi seluruh rangkaian perpustakaan awam di Negeri Perlis.
  • Membantu pengguna dalam mengakses sebarang maklumat yang diperlukan.
  • Mengimbangi ilmu pengetahuan berkonsepkan ICT di setiap rangkaian perpustakaan di Negeri Perlis.

 

FUNGSI 

 

Unit ini berfungsi menyediakan perkhidmatan ICT kepada pengguna. Di antara perkidmatan yang disediakan ialah :

a)      Sewaan komputer / internet.

b)      Perkhidmatan cetakan (printed)

c)      Perkhidmatan imbasan (scanned)

 

 

 

PERKHIDMATAN

 

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti sewaan komputer / internet kepada pengguna.

 

      Kadar Bayaran

  • Komputer / internet ahli perpustakaan – RM 1.50
  • Komputer / internet bukan ahli perpustakaan – RM 2.00

 

 

UNIT HIPERMEDIA SELURUH NEGERI PERLIS

 

  1. Unit Hipermedia, Perpustakaan Awam Negeri  Kangar Perlis.
  2. Unit Hipermedia, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Cawangan Padang Besar Negeri Perlis.
  3. Unit Hipermedia, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Cawangan Simpang Empat Perlis.
  4. Unit Hipermedia, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Pekan Arau Perlis.
  5. Unit Hipermedia, Perpustakaan Desa Siber Ilmu, Kg. Sentua Utan Aji Perlis.
  6. Unit Hipermedia, Perpustakaan Desa Siber Ilmu, Kg. Paya Kelubi Bkt. Keteri Perlis
  7. Unit Hipermedia, Perpustakaan Desa Siber Ilmu, Kg. Guar Gajah Arau Perlis

 

WAKTU PERKHIDMATAN

 

Isnin – Jumaat  9.00 pg – 5.15 ptg

Sabtu                9.00 pg – 5.15 ptg

                        (minggu ke 2 dan ke 4)

 

Ahad dan cuti umum ditutup

 

 

PERKHIDMATAN BARU

 

Terdapat perkhidmatan terbaru yang telah ditawarkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, iaitu Perpustakaan Bergerak Multimedia. Bas Perpustakaan ini dilengkapi dengan komputer bimbit (laptop) untuk memberi perkhidmatannya kepada penduduk yang berada di luar bandar. Ia juga bertepatan dengan hasrat kerajaan bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

 

 

 

 

PERATURAN PENGGUNA KOMPUTER

 

1.      Dilarang membuat bising di dalam bilik hipermedia.

2.      Pengguna haruslah meninggalkan kad ahli perpustakaan di dalam kotak yang disediakan sebelum menggunakan perkhidmatan.

3.      Pengguna hanya dibenarkan menggunakan perkhidmatan selama satu jam sahaja( tertakluk kepada budi bicara pegawai bertugas).

4.      Pengguna tidak dibenarkan mengakses laman web lucah atau laman-laman web yang dilarang.

5.      Penguna dilarang  berchit-chat dan bermain 'game'.

6.      Pengguna komputer hanya dibenarkan untuk dua orng sahaja bagi setiap komputer pada satu-satu masa.

 

PERINGATAN

 

Pegawai bertugas berhak untuk membatalkan perkhidmatan dengan serta-merta dan menggantung keahlian sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan.

 

 

 

 

 
 
Portal Ahli
 
No. K/P
Kata Laluan
Ingat Saya
Lupa kata Laluan?
Daftar Sekarang
 
Banci
 
 
Apakah tujuan utama anda datang ke perpustakaan?
Membaca Akhbar dan Majalah  14 % ( 28 )
Mencari Bahan Rujukan  61 % ( 124 )
Mengguna perkhidmatan internet  6 % ( 12 )
Meminjam buku  14 % ( 28 )
Mengikut kawan  5 % ( 11 )
Keputusan Semasa
Keputusan Lepas
 
 
Pautan Pintas
 
  WEBMAIL