| 16. |
Kumpulan Wang Perbadanan hendaklah mengandungi :
|
| |
|
|
| |
(a) |
apa-apa wang yang dari
masa ke semasa dicarumkan oleh Kerajaan Negeri
bagi maksud tersebut; |
| |
|
|
| |
(b) |
apa-apa wang yang disumbangkan
oleh mana-mana Pihakberkuasa bagi maksud-maksud
Perbadanan; |
| |
|
|
| |
(c) |
apa-apa wang yang didermakan
oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan mana-mana Negeri atau leh mana-mana orang
bagi maksud Perbadanan; |
| |
|
|
| |
(d) |
apa-apa jumlah wang
yang boleh dikumpul oleh Perbadanan melalui pinjaman; |
| |
|
|
| |
(e) |
apa-apa jumlah wang
yang dikutip oleh Perbadanan melalui yuran-yuran
atau denda-denda; |
| |
|
|
| |
(f) |
semua keuntungan di
atas pelaburan mana-mana bahagian Kumpulanwang |
| |
|
|
| |
(g) |
apa-apa jumlah wang
yang didapati secara langsung atau tidak langsung
dari harta-harta alih atau takalih yang dimiliki
oleh Perbadanan. |
| |
|
|
| 17. |
Kumpulanwang Perbadanan boleh digunakan bagi
menanggung bayaran-bayaran yang berikut : |
| |
|
|
| |
(a) |
membayar elaun ahli-ahli
pada kadar yang tertentu yang dibenarkan oleh Raja
dalam Mesyuarat; |
| |
|
|
| |
(b) |
gaji-gaji, yuran-yuran
atau saraan pegawai-pegawai, ejen-ejen dan kakitangan
dan penasihat teknikal atau lain-lain penasihat
Perbadanan; |
| |
|
|
| |
(c) |
semua kos-kos, bayaran-bayaran
dan perbelanjaan-perbelajaan Perbadanan atau yang
berbangkit daripada menjalankan kuasa-kuasa Perbadanan
di bawah Enakmen ini; |
| |
|
|
| |
(d) |
faedah-faedah yang
terkumpul di atas mana-mana pinjaman yang secara
sah ditanggung oleh Perbadanan; |
| |
|
|
| |
(e) |
jumlah wang yang dikehendaki
bagi membayar balik wang-wang yang dipinjam; |
| |
|
|
| |
(f) |
apa-apa jumlah wang
yang difikirkan patut diketepikan berkenaan dengan
kesusutan nilai harta Perbadanan. |
| |
|
|
| 18. |
Perbadanan boleh melabur
mana-mana bahagian daripada Kumpulanwang yang tidak
berkehendak kegunaan segera dalam mana-mana pelaburan
yang dibenarkan di bawah Akta Pemegang
Amanah, 1949 atau mengikut cara yang dibenarkan
oleh Menteri Besar. |
| |
|
|
| 19. |
(1) |
Sebelum bermula bulan Julai tiap-tiap satu tahun,
Perbadanan hendaklah menghantar kepada Menteri
Besar suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya mengikut
apa-apa bentuk dan
dengan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang
dikehendaki oleh Menteri Besar; dan Menteri Besar hendaklah sebelum
bermula bulan September tiap-tiap
satu tahun memberitahu Perbadanan akan jumlah wang
yang dibenarkan bagi tiap-tiap satu jenis perbelanjaan. |
| |
|
|
| |
(2) |
Perbadanan boleh pada bila-bila masa menghantar kepada
Menteri Besar satu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri
Besar boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan
tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu. |
| |
|
|
| |
(3) |
Tidaklah boleh dilakukan
perbelanjaan melainkan perbelanjaan itu telah dimasukkan dalam anggaran. |
| |
|
|
| 20. |
(1) |
Perbadanan hendaklah menyimpan
sepatutnya akaun dan rekod lain berkenaan
dengan urusniaga dan hal ehwalnya mengikut prinsip-prinsip
perakaunan yang diterima umum dan hendaklah mengambil tindakan-tindakan
perlu bagi memastikan bahawa semua pendapatan-pendapatan dimasukkira
dengan sepatutnya dan semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dikeluarkan
dari Kumpulanwang , termasuk bayaran-bayaran berkenaan dengan gaji,
saraan dan lain-lain faedah kewangan kepada ahli-ahli Perbadanan
dan kakitangannya adalah dibenarkan dengan sepatutnyadan kawalan
yang secukupnya hendaklah dipastikan bagi harta-harta dan tanggungan
Perbadanan. |
| |
|
|
| |
(2) |
Tahun Kewangan Perbadanan
hendaklah bermula pada 1hb Januari tiap-tiap tahun. |
| |
|
|
| |
(3) |
Akaun Perbadanan hendaklah
diodit tiap-tiap tahun oleh Ketua odit Negara atau juruodit lain
yang dilantik oleh Perbadanan dengan kebenaran Menteri Besar. |
| |
|
|
| |
(4) |
Perbadanan hendaklah dalam
tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan
mengoditkan akaun-akaunnya dan menghantar kepada Menteri Besar dan
Perpustakaan Negara bersama dengan satu salinan apa-apa laporan yang
dibuat oleh Ketua Odit Negara atau Juru Odit yang dilantik di bawah
seksyen kecil (3) atas apa-apa kenyataan atau atas akaun-akaun Perbadanan. |
| |
|
|
| |
(5) |
Menteri Besar hendaklah
mengarahkan satu salinan bagi tiap-tiap penyata
kewangan itu bersama satu salinan apa-apa laporan
yang dibuat oleh Ketua Odit Negara atau
Juru Odit yang dilantik di bawah seksyen kecil
(3) atas apa-apa kenyataan atau atas akaun-akaun
Perbadanan dibentangkan dalam Dewan Undangan
Negeri yang berikutnya |
| |
|
|
| 21. |
(1) |
Perbadanan hendaklah secepat
mungkin yang dapat dilakukan selepas akhir
tiap-tiap tahun kewangan menyebabkan supaya diperbuat
dan dihaktar kepada Menteri Besar dan Perpustakaan Negara satu laporan
menyentuh secara am kegiatan-kegiatan Perbadanan bagi tahun kewangan
terdahulu dan mengandungi segala maklunat berhubung dengan perjalanan-perjalanan
dan dasar Perbadanan sebagaimana diarahkan oleh Menteri Besar. |
| |
|
|
| |
(2) |
Satu salinan bagi tiap-tiap penyata itu hendaklah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri.
|
| |
|
|