| 12. |
(1) |
menubuh, melengkap, mengurus dan menyelenggara
Perpustakaan Awam Negeri Perlis; |
| |
|
|
| |
(2) |
Pegawai dan kakitangan Perbadanan
hendaklah di bawah pentadbiran kawalan
pentadbir Lembaga atau seorang pegawai yang dilantik
oleh Lembaga |
| |
|
|
| |
(3) |
Ahli-ahli,
Pegawai-pegawai dan kakitangan perbadanan hendaklah disifatkan
sebagai penjawat awam menurut Kanun Kesiksaan. |
| |
|
|
| |
(4) |
Perbadanan
dengan kebenaran Menteri Besar, boleh membuat peraturan-peraturan bagi
menubuhkan satu Kumpulan Wang Simpanan Pencarum bagi pegawai dan kakitangan
yang dilantik dibawah Enakmen ini. |
| |
|
|
| 13. |
Perbadanan dengan kebenaran Menteri Besar,
boleh menggunakan dan membayar gaji penasihat-penasihat teknik atau
professional seperti peguamcara, ahli bank, penilai atau pustakawan
bagi menjalankan apa-apa pekerjaan tertentu atau membuat apa-apa tindakan
khas yang dikehendaki dijalankan atau dibuat dalam perlaksanaan tugas-tugas
Perbadanan atau di dalam melaksanakan maksud-maksud Enakmen ini dengan
lebih berkesan dan membayar apa-apa caj dan perbelanjaan yang dilakukan. |
| |
|
|
| 14. |
Akta Perlindungan Pihakberkuasa Awam 1948 hendaklah dipakai kepada
apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau perbicaraan terhadap
Perbadanan atau terhadap mana-mana ahli, pegawai, kakitangan atau
ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kelalaian atau
kemungkiran yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh
Perbadanan atau orang-orang itu dengan sifat yang tersebut itu.
|
| |
|
|
| 15. |
(1) |
Perbadanan hendaklah mengadakan ibu pejabatnya
di Kangar atau pada suatu tempat yang ditentukan dari
masa ke semasa oleh Perbadanan dan dibenarkan oleh
Menteri Besar
|
| |
|
|
| |
(2) |
Perbadanan bolehlah menubuhkan pejabat-pejabat lain sebagaimana
yang difikirkan perlu oleh Perbadanan.
|
| |
|
|