|

SUMBER PEROLEHAN BAHAN
Bahan-bahan untuk koleksi perpustakaan diperoleh secara:-
- Pembelian melalui peruntukan kerajaan.
- Hadiah dan sumbangan daripada agensi kerajaan dan swasta serta individu.
MEMPROSES BAHAN
- Bahan-bahan dikatalog menggunakan "Softrade library System"
- Bahan-bahan dikatalog menggunakan "Anglo American Cataloguing Rules 2" (AACR)2 dan dikesan mengikut "Dewey Decimal Classification" (DDC) atau sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.
KOLEKSI NEGERI
Bahagian ini berfungsi untuk mengumpul bahan-bahan mengenai negeri Perlis dan juga bahan-bahan hasil karya penulis negeri Perlis. Di antara bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi ini ialah buku-buku, jurnal, tesis, risalah-risalah serta warta kerajaan. Keratan akhbar mengenai negeri Perlis juga turut disimpan di bahagian ini. Bahan-bahan di dalam koleksi ini tidak boleh dipinjam tetapi pengguna dibenarkan membuat salinan fotokopi bagi bahan-bahan yang diperlukan.
OBJEKTIF BAHAGIAN
Bahagian ini bertanggungjawab mengesan,memperoleh serta memproses bahan-bahan untuk tambahan koleksi di semua rangkaian perpustakaan seluruh negeri termasuk membina koleksi khas mengenai negeri Perlis dan pemuliharaan bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan.
UNIT-UNIT DI BAHAGIAN PEMBINAAN KOLEKSI
UNIT PEROLEHAN
Bertanggungjawab untuk membuat pemilihan pesanan serta merekod buku-buku untuk dijadikan koleksi perpustakaan.
KHIDMAT TEKNIK
Unit ini berfungsi untuk mengkelas dan mengkatalog bahan-bahan perpustakaan. Bahan-bahan dikelasifikasikan mengikut Sitem Pengkelasan Dewey atau "Dewey Decimal Classification"(DDC).
KOD TAMBAHAN
koleksi di tingkat atas:
RM = Rujukan Bahasa Melayu
R = Rujukan Bahasa Inggeris
KBR = Kumpulan Buku Rizab
MJ = Majalah Jilid
Koleksi di tingkat bawah:
FM = Fiksyen Bahasa Melayu
F = Fiksyen Bahasa Inggeris
SC = Buku Ulverscroft (Buku Cetakan Besar)
KP = Koleksi Perlis
A = Buku Bahasa Arab
C = Buku Bahasa Cina
T = Buku Bahasa Tamil
Koleksi di bahagian kanak-kanak:
PB = Buku kanak-kanak Bergambar
YFM = Fiksyen Remaja Bahasa Melayu
YP = Fiksyen Ramaja Bahasa Inggeris
JFM = Fiksyen kanak-kanak Bahasa Melayu
JF = Fiksyen kanak-kanak Bahasa Inggeris
JM = Buku kanak-kanak Bahasa Melayu
J = Buku kanak-kanak Bahasa Inggeris
JRM = Buku Rujukan Kanak-kanak Bahasa Melayu
JR = Buku Rujukan Kanak-kanak Bahasa Inggeris
JC = Buku Kanak-Kanak Bahasa Cina
KBRKK = Kumpulan Buku Rizab Kanak-Kanak
SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY (DDC)
000 = Karya Am
100 = Falsafah dan Fahaman Yang Berkaitan
200 = Agama
300 = Sains Kemasyarakatan
400 =Bahasa
500 =Sains Tulen
600 = Sains Gunaan / Teknologi
700 = Kesenian
800 = Kesusasteraan
900 = Geografi dan Sejarah Am
|